Thursday, February 28, 2013

Merasa Simtom Mengandung...

Assalammualaikum... Ni sambungan dari Entry pertama.. Bila saya dah tau saya mengandung, saya pun sibuk pergi Online untuk cek apa simtom-simtom dan penyakit-penyakit sewaktu awal kandungan ni... sebab kadang-kadang tak selesa jugak dengan perubahan sekarang.


Ni yang saya jumpa dalam Internet...Tapi tak semuanya saya ada... cuma 7 daripada 12 je... Hehehhe~~~ Kalau saya tanda TAK ADA tu maksudnya saya tak alami benda tu... Alhamdulillah tak banyak kerenah... =)

1. Perubahan ketara pada mood (TAK ADA)
Perubahan hormon yang berlaku pada awal-awal kehamilan boleh membuatkan mood anda berubah secara mendadak. Pada masa ini anda lebih mudah bersifat emosional dan sedih pada sesuatu perkara.
2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara (*********) 
Sekiranya kulit di sekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ianya bukan petanda jelas anda sedang hamil kerana perubahan tersebut boleh berlaku akibat ketidak seimbangan hormon yang langsung tiada kaitan dengan kehamilan atau mungkin juga disebabkan oleh kandungan yang terdahulu.
3. Sembelit (TAK ADA)
Sembelit atau susah membuang air besar adalah salah satu tanda-tanda awal terjadinya kehamilan. Peningkatan jumlah hormon progesteron menyebabkan proses pencernaan berjalan lambat sehingga berlakunya sembelit. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan masalah ini.
4. Pendarahan dan senak pada ari-ari (TAK ADA)
Lebih kurang 10 atau 14 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat daripada implantasi yang berlaku iaitu sel telur yang telah dibuahi melekat pada dinding uterus. Pendarahan seperti ini biasanya terjadi lebih awal, lebih sedikit dan lebih cerah daripada darah haid yang biasa.
5. Sakit kepala (ADA)
Sesetengah wanita akan mengalami sakit kepala yang ringan pada awal kehamilan terutamanya minggu pertama kehamilan. Sakit ini mungkin disebabkan oleh peningkatan sirkulasi darah akibat perubahan hormon yang berlaku.
6. Kerap membuang air kecil (TAK ADA)
Pada peringkat ini janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, ini menyebabkan anda kerap membuang air.
7. Rasa loya dan muntah (TAK ADA)
Morning sickness tidak akan menyerang pada minggu awal kehamilan, kecuali selepas minggu keempat sehinggalah ke minggu kelapan kehamilan. Segelintir wanita akan mula merasa mual dan luar biasa pada lidah walaupun baru beberapa hari mengandung. Ini biasanya terjadi akibat daripada perubahan sirkulasi saat pembuluh darah dalam tubuh anda membesar dan tekanan darah anda menurun. Selain itu, ianya juga boleh berlaku disebabkan oleh rendahnya gula darah anda.
8. Rasa lapar yang berpanjangan (ADA)
Kerap terjadi pada ibu-ibu yang berada pada minggu pertama kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah dengan alat ujian kehamilan dan membilang hari anda.
9. Merasa tidak bermaya (ADA)
Hormon yang dikeluarkan pada awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya kerap terjadi di awal kehamilan kerana pada minggu pertama kehamilan, tubuh anda bekerja dengan sangat keras untuk mengeluarkan hormon dan memproduksi lebih banyak darah untuk membawa nutrisi kepada janin anda. Keadaan ini menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung. Tambahan pula kehadiran hormon progesteron dalam jumlah yang banyak menyebabkan anda merasa mengantuk.
10. Sakit dan tegang pada payudara (ADA)
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sensitif dan merasa sakit bila disentuh. Payudara anda juga akan mengalami perubahan ketara iaitu lebih penuh dan berat serta mulai membesar sebagai persiapan memproduksi susu ibu. Perubahan tersebut akan lebih jelas sekiranya itu adalah kehamilan pertama anda.
11. Suka dan alah kepada makanan/minuman atau bauan tertentu (TAK ADA)
Menutup hidung dari makanan, minuman atau bauan tertentu juga merupakan salah satu tanda-tanda awal yang menunjukkan bahawa anda sedang mengandung. Kebiasaannya bauan yang terlalu tajam dan menusuk hidung akan memberi kesan mual kepada sesetengah wanita. Perubahan hormon yang berlaku menyebabkan selera dan keinginan makan anda turut berubah ketika mengandung. Keadaan ini mewujudkan satu fenomena yang kita panggil mengidam.
12. Suhu asas badan yang meningkat (ADA)
Suhu asas badan diambil semasa bangun pagi pada setiap hari. Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ianya diukur.

Rasanya...ni adalah tanda-tanda normal kot... Benda yang paling buruk saya alami adalah SIMTOM NO.8... mengantuk yang berpanjangan... Siang malam saya rasa nak tidur je... Malam pukul 8 selepas isyak saya dah tidur... Pagi tu pulak masa kerja memang mengantuk dan selalu menguap... Keletihan sentiasa dan seharian berasa lesu... Kesian En.Suami, sebab terpaksa seterika baju kerja sendiri akibat saya yang selalu mengantuk dan tak larat nak seterika baju... (-_-) Maafkan saya yerr...

Lagi satu yang ketara sangat-sangat sepanjang awal kehamilan ni adalah SIMTOM NO.12... Asalkan malam hari je suhu badan saya naik... En.Suami kata badan saya panas macam nak demam... Setiap malam macam tu, sampai dia tidur kat sebelah pun boleh rasa bahang dari tubuh saya...

Harap-harap benda ni tak berpanjangan...dan doakan bayi dalam kandungan saya ni sihat walafiat.... Amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~