Wednesday, April 13, 2011

Letupan Loji Nuclear Jepun Vs. Chernobyl 1986

Loji Nuklear di Jepun Meletup disebabkan Tsunami...ni adalah salah satu kesan Tsunami di jepun seperti yang kita tahu, iaitu bangunan Stesen Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi 1 milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) telah meletup. Keadaan ini memaksa kerajaan jepun memindahkan 45,000 penduduknya ke tempat yang lebih selamat. Akibat dari kejadian ini, penduduk negara ini berhadapan dengan kebocoran radioaktif yang boleh membawa maut... Doakan semuanya selamat... Amin...

Letupan Loji Nuklear di Jepun
Apa kaitan Kejadian Letupan Loji Nuklear di Jepun dengan Kejadian di Chernobyl 1986???

Bencana Chernobyl adalah kemalangan nuklear yang berlaku pada tarikh 26 April 1986 di Chernobyl Nuclear Power Plant di SSR Ukraine. Sebuah letupan serta kebakaran yang menghasilkan pencemaran radioaktif ke atmosfera dan telah tersebar di sebahagian besar Russia dan Eropah Barat. Kejadian ini dianggap kemalangan loji nuklear terburuk dalam sejarah.

Kejadian berlaku ketika ujian sistem diadakan pada 26 April 1986, di reaktor nombor 4 yang terletak berdekatan dengan kota Pripyat. Lonjakan tenaga elektrik telah berlaku secara tiba-tiba dan ketika "emergency shutdown" dilakukan, lonjakan tenaga elektrik yang lebih tinggi berlaku, yang telah mengakibatkan kemusnahan reaktor dan beberapa letupan. Kejadian ini telah mendedahkan "grafite moderator" kepada udara dan  menyebabkan ia menyala. Kebakaran telah menghasilkan gumpalan asap radioaktif yang tebal dan tersebar ke atmosfera sekitar kawasan termasuk Pripyat. Debu-debu asap tersebut melayang di atas sebahagian besar Kesatuan Soviet barat dan Eropah. Dari tahun 1986 hingga 2000, sebanyak 350,400 orang dipindahkan dari daerah yang paling parah tercemar iaitu Belarus, Russia, dan Ukraine. Menurut data pasca-Soviet rasmi, sekitar 60% daripada debu-debu asap radioaktif jatuh di sekitar Belarus.

Bandar Usang Chernobyl
.........(-_____-).......

Tu adalah sedikit sebanyak maklumat tentang kejadian di Chernobyl 1986... Kini bandar Chernobyl telah menjadi bandar mati sejak kejadian bencana Nuklear Chernobyl 1986, yang telah meragut hampir 50,000 nyawa. Cuba bayangkan kalau kejadian tu berlaku lagi kat jepun. Wallahualam.... 
Kita berdoalah bersama-sama supaya kejadian Chernobyl 1986 tak berulang Jepun ...
.
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2leep.com

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~